Teks pengumuman

Siaran kami telah kembali pulih, anda boleh terus dengar siaran kami di laman blog kami atau muat turun aplikasi Listen2myradio dari Google Play. Dengarkan terus-menerus siaran kami! Kini anda boleh dengarkan siaran kami melalui telefon pintar anda iaitu melalui aplikasi listen2myradio app. Muat turun aplikasi Listen2MyRadio di Google Play, buka aplikasi tersebut dan taip bandaqfmradiostream123.com dan cari. Anda akan dapat mendengar siaran kami di mana-mana sahaja! Terima kasih kerana memilih siaran kami. Bandaq FM Muzikku, Inspirasimu
Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

Jumaat, 20 Januari 2017

Kata Aluan Dari Warga Bandaq FM


                              KATA ALUAN                             

Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera kepada semua, pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua yang sudi melawat laman blog Bandaq FM. Untuk pengetahuan semua, Bandaq FM ini adalah siaran radio online dari SMK Bandar Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Bandaq FM dilancarkan pada tanggal 16 Julai 2016. Bandaq FM kini bergerak aktif melalui aktiviti siaran radio secara atas talian menggunakan internet iaitu menggunakan laman blog untuk didengari. Bandaq FM boleh diakses di mana sahaja, tidak kiralah menggunakan telefon pintar ataupun komputer. Bagi merealisasikan hasrat yang dihormati puan pengetua SMKBSP, Bandaq FM dilancarkan dengan jayanya. Bandaq FM ini dilancarkan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baharu anak-anak pelajar SMKBP yang dilihat mempunyai minat serta bakat yang terpendam. Pelancaran ini juga dapat memudahkan semua warga SMKBSP untuk memperoleh dan menyebarkan ilmu pengetahuan dengan lebih efisien dan produktif. Pelancaran ini juga dapat membangunkan nama SMK Bandar Sungai Petani, Kedah sebagai salah satu sekolah yang mempunyai kepakaran dalam bidang penyiaran terutama bidang radio.

Sehubungan itu, Bandaq FM kini sudah sedikit demi sedikit dikenali ramai terutamanya penduduk-penduduk di sekitar daerah Kuala Muda/Yan. Bandaq FM juga memegang rekod sebagai radio online sekolah kedua di sekitar daerah Kuala Muda/Yan selepas SMK Khir Johari.

Akhirul kalam, kepada semua pelawat, kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana kesudian anda melawati laman blog Bandaq FM dan mendengar siaran online Bandaq FM. Sekali lagi ucapan terima kasih daripada kami, semua ahli Bandaq FM


Pengasas,
Farah ~ Syahmi ~ Aizul



CARA UNTUK MENDENGAR RADIO ONLINE BANDAQ FM DI BLOG 
bandaqfm.blogspot.my